islam tidak tertegak dengan kata kata@MasKhay

Islam Tidak Tertegak Dengan Kata-Kata
Oleh: Muhammad Ahmad Rasyid
 By  : MasKhay1922



Masyarakat di setiap darsawarsa adalah reflaksi kepada keperibadian kumpulan yang memimpin manusia dalam periode tersebut, melebihi reflaksi undang-undang yang digubal untuk menyusun kehidupan dalam aspek-aspek politik, ekonomi dan kemasyarakatan.


Fenomena ini disebabkan oleh dua perkara:

1. Kefahaman, akhlak, dan tabiat memberi kesan-kesan spritual yang lebih mendalam daripada arahan yang dipaksa agar dilaksananakan melalui kekuatan seperti penguatkuasaan undang-undang. Ia juga menanamkan pengertian tauladan yang tidak boleh digarap oleh kekuasaan.

2. Falsafah, kesusasteraan, dailog dan hujah fuqaha’ mengetuk pasak akal, perasaan dan roh, lalu meninggalkannya dalam pendirian menerima atau menolak. Ketegasan yang kaku tidak pernah berupaya untuk menakluk hati, dan juga tidak ada tempat untuk rasa kasih dan cita. Dari sini dapat diketahui bahawa seutuh-utuh undang-undang atau syariat ialah undang-undang atau syariat yang disokong dibelakangnya oleh kepercayaan pemimpin yang melaksanakannya. Kerana helah, putar belit atau pencabulan adalah pendekatan yang digunakan oleh pemimpin ketika mana ia tidak mendapat sokongan. Oleh kerana itu tidak berlaku, Islam tanpa muslimin atau iman tanpa mukminin. Kehidupan Islam tidak akan terbina oleh nas syarak semata-mata, tetapi tiang-tiang Islam ditegakkan oleh kepimpinan daripada kalangan orang-orang yang beriman yang mempunyai kesan yang sepadu, dari kalangan tokoh pengurusan, politikus, ekonomis, industri, fuqaha’, hakim-hakim, sasterawan dan intelektual. Yang mengetuai mereka ialah seorang lelaki yang mengumpul semua kelebihan dan memiliki kepekaan yang syumul. Tidak ada peluang bagi undang-undang Islam untuk melakukan perubahan, tanpa ada memiliki hati yang tersengat dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam satu ibadat.

Kefahaman ini bukanlah suatu yang baru. Tetapi ia adalah konsep lama yang telah diperjelaskan oleh para fuqaha’ salaf. Kerana mereka memahami bahwa para wali Allah yang menolong dan membantu agama-Nya terdapat di kalangan seluruh golongan umat Muhammad (s.a.w.), selagi mereka tidak tergolong daripada kalangan orang yang melakukan bid’ah dan kefasikan yang nyata. Jadi mereka terdapat di kalangan ahli al-Quran dan ahli ilmu. Mereka terdapat di kalangan ahli jihad dan peperangan. Mereka juga terdapat dari kalangan para peniaga, ahli pertukangan dan peladang. Imam Ahmad Merasa Pelik Ketika Imam Ahmad bin Hanbal melihatdengan pandangan hatinya, beliau melihat berlaku penyisihan kepada orang yang thiqah (adil) sedangkan golongan yang tidak disenangi, ditabalkan. Memberi kedudukan kepada ahli bid’ah dan penyerahan tugas kepada orang yang tidak layak, beliau berkata: “Pada hari ini, jika kamu melihat sesuatu yang lurus betul, maka kamu hendaklah merasa hairan dan takjub kepadanya.” Kehairanan ini ada rasional kebenarannya . 

Apabila hawa nafsu telah mengatasi iman dalam recommendation yang dilakukan terhadap seseorang untuk satu satu jawatan sehingga seseorang dipuji; “alangkah berakalnya dia” , “alangkah pintarnya dia” dan “alangkah penyabarnya dia” , sedangkan di dalam hatinya tiada keimanan sekali pun sebesar biji sawi. Sehingga terjadi orang-orang zalim dilantik memegang kementerian dan berada di pusat kuasa, serta orang-orang jahil memimpin dan mengetuai majlis-majlis ilmu. Sehingga para ahli sejarah bersepakat bahwa punca segala fenomena kelemahan umat Islam adalah pada kecacatan sifat para perlaksana. 

Iktibar Daripada Tragedi Tragedi keruntuhan Daulah Abbasiyyah tidak berlaku melainkan sebagai natijah semulajadi daripada keadaan penyelewengan yang telah mencapai kemuncaknya. Tiada siapa yang dapat memberikan peringatan dan amaran sebagaimana peringatan dan amaran yang telah diberikan oleh tragedi tersebut. Walaupun demikian, tragedi tersebut tetap menutup pintu hati orang-orang yang terselamat daripada keganasan Tatar untuk mengambil iktibar, seperti muslimin di Syam dan di Mesir. Oleh sebab itulah Syam dan Mesir menyaksikan berbagai-bagai jenis kelemahan dan kekurangan yang amat memeritkan. 

Ibnu al-Qayyim telah mengucapkan satu ungkapan yang bersejarah. Ia menggambarkan keadaan yang berlaku pada masa itu. Beliau menyimpulkan bahawa punca kebatilan yang dilakukan golongan batil adalah kerana tipu daya syaitan yang merupakan musuh manusia dan selaras dengan analisis Islam terhadap pertarungan yang berlaku di antara kebaikan dan keburukan, serta bersesuaian dengan akidah Islam. Pertembungan Islam Dan Jahiliah Beliau menyebut bagaimana syaitan menemui satu kumpulan pengikutnya. “Lalu syaitan itu membentuk daripada mereka satu kumpulan (hizb) yang menyokongnya dan berwala’kan kepadanya dengan membelakangi Tuhan mereka yang sebenar (Allah). Mereka telah menjadi musuh kepada Tuhan mereka yang sebenar bersama dengan syaitan yang memangpun sudah menjadi musuh kepada Tuhannya. Mereka menyeru kepada kemurkaan-Nya. Mencacat cederakan rububiyyah, uluhiyyah dan keesaan-Nya. Mereka mencela dan mendustakan-Nya. Mereka memfitnah dan menyusahkan para wali-Nya dengan berbagai-bagai jenis kesusahan. Mereka berusaha untuk menghapuskan para wali-Nya daripada kewujudan ini. Mereka juga berusaha keras untuk mendirikan satu negara buat mereka.” Apa yang menarik di dalam petikan di atas ialah beberapa perkataan dan istilah yang digunakan oleh Ibn al-Qayyim, seolah-olah beliau menyifatkan tabiat pertarungan yang sedang berlaku di antara gerakan-gerakan Islam dengan kem jahiliyyah. Beliau menyebut perkataan kumpulan (hizb), fitnah, kesusahan, penghapusan dan penegakan negara batil. Perkataan-perkataan ini menawan keprihatinan anda, agar anda memberikan perhatian atau tertarik kepada persamaan bentuk peperangan dan pertarungan yang sedang anda hadapi, sebagaimana yang telah dihadapi oleh generasi Ibn al-Qayyim dan sebagaimana yang telah dialami oleh kumpulan yang bersama dengan Imam Ahmad ibnu Hanbal (r.a.)

Pertarungan yang kita lihat, bukanlah suatu yang baru, Ia adalah pelampauan, tetapi dengan nama-nama yang baru. Pertarungan di antara beberapa kumpulan yang saling bercakaran, Tetapi apabila untuk menentang agama, mereka bersatu. Pertarungan yang berlaku hari ini adalah pertarungan politik kepartian yang tersusun bagi mendirikan negara jahiliyyah. Mereka sebenarnya telah mendirikannya. Pertarungan mereka berterusan untuk mengekalkan kewujudan negara tersebut, untuk mengukuhkannya dan mendidik generasi baru di atas kekufuran. Hakikatnya ia bukanlah kerosakan akhlak, kejahatan dan kegilaan yang hanya boleh ditangani dengan nasihat (ceramah) para pendakwah sahaja.

Dalam keadaan ini, golongan yang mempunyai ghirah (semangat) Islam dan akidah keimanan di setiap tempat hendaklah saling tolong menolong, menyusun tenaga dan strategi, menyempurnakan kekurangan tarbawi dan memperbanyakkan bilangan, di dalam proses melakukan ‘penyelamatan’ melalui praktis jihad politik yang tersusun untuk menegakkan negara Islam yang dipimpin oleh para du’at yang haraki. Membutakan Mata Setiap muslim dituntut untuk memberikan sedikit impak dan turut serta membawa kebaikan di dalam proses ‘penyelamatan’ ini berdasarkan kemampuannya. 

Tiada makna kehidupan seseorang yang berpendirian negatif. Dia hanya mendapat kenikmatan di dunia ini, dengan makan, minum dan wanita, sedang dia tidak berusaha untuk memperlihatkan pendiriannya terhadap ahli fikir di sekitarnya. Para politikus di kiri kanannya juga sedang bertarung; ada yang baik dan ada yang jahat, sedang dia hanya menjadi penonton sahaja. Sikap negatif, suka mengasingkan diri dan hanya menjadi penonton ini, adalah ungkapan singkat berupa sindiran yang tidak disukai oleh Abdul Rahim bin al-Ikhwah al-Shaibani, seorang penyair dan ahli tafsir. Beliau menganggapnya sebagai kematian. Di sisinya, seseorang manusia dan pedang, jika tidak memberikan sebarang kesan atau impak, walaupun hidup ia adalah mati, walaupun ia dihunuskan, ia adalah bersarung. Al-Rafie pergi lebih jauh. Beliau melihat tiada sebarang alasan bagi kewujudan seseorang yang berpendirian negatif. Beliau memberi amaran kepada anda tentang keperluan bersikap jelas dan terang. Kerana jika anda tidak menambah sesuatu (kesan atau impak) kepada dunia ini, maka anda adalah barang lebihan kepada dunia ini. Inilah keadaan orang yang disengat hatinya ketika melihat kesejukan ummat Islam. Sengatan itu melupakannya daripada mengingati lafaz-lafaz yang lembut. Hilang dari ingatannya bahawa anda tidak mampu mendengar ungkapan yang berterus terang, lalu dia berkeras terhadap anda sedangkan anda tidak berdaya menanggungnya!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »

Ayo Gabung Di Maskhay Buiness

MASKHAY BUSINESS

http://www.nmcmobile.com/ Kunjungi  http://bit.ly/2yjElZa   atau  http://bit.ly/2yxOP8g اسلام عليكم ورحمة الله وبر كاته ⭐ Welcome ...